Be Healthy! Eat Well, Live Well

Selasa, 5 April 2016

PETUA TRADISIONAL

Petua Kuruskan Badan Secara Sihat


DELIMA UNTUK MELANGSINGKAN BADAN

Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu dengan air sulam dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi terlalu kurus.






LIMAU NIPIS MENGEMPISKAN PERUT
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 



AIR ASAM JAWA BAIK DIJADIKAN MINUMAN HARIAN
Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


MENGELAK PERUT BUNCIT
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum ½ jam – 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Sumber: http://www.petuatradisional.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan