Be Healthy! Eat Well, Live Well

Selasa, 5 April 2016

TIPS MEMILIH SUPLEMENT


                                                 





Obses terhadap makanan tambahan atau suplemen tanpa mengetahui maksud dan fungsi sebenarnya untuk tubuh badan hanya akan membawa keburukan berbanding kebaikan yang cuba dicari. Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari. 

Jika dilihat di sekeliling kita, suplemen dijual dengan meluas. Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasar raya, melalui online di Internet dan sebagainya. Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya. ‘‘Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memastikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna.

Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan. Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005. Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita.

Antara tip untuk memilih makanan tambahan ialah pastikan keadaan kesihatan betul-betul memerlukan suplemen tersebut. Di samping jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal. Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah. Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh. Jadi pastikan mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengambil sesuatu makanan tambahan. Pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan dinasihatkan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat. Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun-tahun penggunaan tetap ada. 

Paling penting pastikan suplemen tersebut di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengguna boleh memeriksa kandungan sesuatu supplemen di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui (http://www.bpfk.gov.my) .

Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk tersebut !!!






logo
Rujukan: http://www.bpfk.gov.my



Tiada ulasan:

Catat Ulasan